Hidup mewah ternak cacing
Rujukan http://www.kosmo.com.my
SHAH ALAM - Jika sebelum ini kegiatan penternakan lintah dijalankan secara besar-besaran, kini peluang mula terbuka luas untuk aktiviti pembiakan cacing tanah pula.Walaupun cacing menyebabkan ramai berasa geli, penternaknya pula boleh meraih pendapatan bulanan mencecah lima angka ekoran permintaan semakin tinggi bagi menjadikannya baja organik, pemusnah sampah organik, bahan campuran dalam makanan ternakan dan pembuatan kosmetik.Ketua Pegawai Eksekutif AZR Agro Centre, Mustafa Abdul Wahab berkata, kegiatan itu hanya memerlukan modal rendah iaitu RM450 untuk sekilogram benih cacing selain kos penyediaan kandang mengikut keluasan.Menurutnya, mereka yang berminat boleh memperoleh benih cacing daripada syarikatnya di samping mendapatkan bimbingan dan nasihat.''Setakat ini kami telah menghasilkan 30 usahawan bumiputera dalam kegiatan penternakan cacing secara komersial,'' katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian seminar penternakan cacing secara komersial yang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Noorazimah Taharim di sini semalam.Berhubung dari segi pemasaran pula, Mustafa menjelaskan, para petani yang mengeluarkan hasil produk masing-masing seperti baja organik boleh menjual kembali kepada syarikatnya atau wakil pemasaran yang dipilih sendiri.Dalam pada itu, Noorazimah pula berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukkan sebanyak RM14 juta dalam sektor pertanian termasuk kegiatan penternakan cacing yang termasuk dalam sub sektor padi pada tahun ini.
Bendang Becah Enterprise
Syarikat Bendang Becah Enterprise (AS0313229-P) menjalankan perniagaan berasaskan ternakan cacing. Syarikat ini terletak di Kuala Pegang, Kupang, Baling, Kedah dan menjalankan aktiviti seperti :
* Khidmat nasihat/'tunjuk ajar kepada bakal penternak
* Menjual induk-induk cacing kepada bakal penternak
* Menjual cacing kepada mereka yang berminat
* Menjual baja organik yang terhasil daripada ternakan cacing
Selain daripada itu, kami juga adalah ahli kepada kelab Usahawan Sosial Pusat Internet Desa Kupang (KUSPID Kupang). Jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ataupun produk kami, bolehlah anda menghubungi kami di talian 019-4149277 ataupun KUSPID Kupang 04-4761688
* Khidmat nasihat/'tunjuk ajar kepada bakal penternak
* Menjual induk-induk cacing kepada bakal penternak
* Menjual cacing kepada mereka yang berminat
* Menjual baja organik yang terhasil daripada ternakan cacing
Selain daripada itu, kami juga adalah ahli kepada kelab Usahawan Sosial Pusat Internet Desa Kupang (KUSPID Kupang). Jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ataupun produk kami, bolehlah anda menghubungi kami di talian 019-4149277 ataupun KUSPID Kupang 04-4761688
Isnin, 26 Oktober 2009
Baja Organik Vermikompos
Baja Organik VERMIKOMPOS ini diperolehi melalui cacing yang diternak. Kegunaan baja ini sesuai untuk semua jenis tanaman seperti sayur-sayuran , tanaman tahunan, pokok buah-buahan dan tanaman hiasan termasuk sebagai makanan ikan keli dan lintah.
Kandungan Unsur Baja Organik
Nitrogen N 1.23%
Phosphorus P205 0.66%
Potassium K20 0.13%
Calcium Ca0 0.14%
Sulphur S 0.06%
Magnesium Mg0 0.37%
Iron Fe 0.16%
Kebaikan Baja Organik Vermikompos ini:
Kandungan Unsur Baja Organik
Nitrogen N 1.23%
Phosphorus P205 0.66%
Potassium K20 0.13%
Calcium Ca0 0.14%
Sulphur S 0.06%
Magnesium Mg0 0.37%
Iron Fe 0.16%
Kebaikan Baja Organik Vermikompos ini:
- Meransang pertumbuhan bunga dan daun
- Menguat dan mengukuhkan akar, batang, daun dan buah
- Meningkatkan daya tahan terhadap penyakit
- Memulihkan tanah secara semulajadi
Langgan:
Catatan (Atom)